Kongsikan Artikel Ini

Hari ni berkesempatan pergi melawat sahabat baik yang baru sahaja bersalin dan dalam tempoh berpantang diraja. Keknie bagitau ‘diraja’ sebab seronok sahabat ni masih ada ibu untuk jaga dia masa tengah ber pantang ni. Katanya nak pantang 100 hari. Semoga istiqomah.

Ramai ibu-ibu tanya bab pantang. Ok, ini basic pasal pantang yang wajib semua ibu ambil tahu. Ikut atau tak , itu terpulang kepada ibu-ibu semua. Para ibu yang ikut bab pantang ni ,Inshallah akan lebih sihat. Macam nenek nenek kita dulu. Kemain sihat lagi, umur pun panjang. Jarang lah kena sakit pelik-pelik ni.

‘Hang sembang lebat ni hang pantang dak?’

‘Mak saya orang Jawa hokey…PANTANG IS WAJIB!’

‘Berapa hari hang pantang?’

Haaaa. Ni yang nak cerita ni. Pantang ni ada pantang 44 hari, 100 hari , 6 bulan dan 1 tahun. Kemain weei! bersungguh pantang demi kecantikan berpanjangan. Badan nak pakai lama kan?

Biasa majoriti ibu ikut yang pantang 44 hari tu sahaja. Itu pun dah tahap nak hijau dah menahan kesabaran. Keknie pantang setahun. Takkan setahun tak makan benda minyak? Ehh tak lah. Jom kita tengok apa yang nak kena pantang dalam tempoh pantang tu.

PANTANG 44 HARI

  • Pantang keluar rumah
  • Pantang makan  berbisa / berangin
  • Pantang – Tidak menjahit, Jangan tengok telefon terlalu lama, (Tekanan mata akan buat ibu mudah kena migrain)
  • Wajib pakai stokin, baju lengan panjang untuk kurangkan masuk angin.

PANTANG 100 HARI 

  • Elakkan hubungan intim dengan suami
  • Elakkan angkat barang berat ( dukung anak pun hanya baby )
  • Pantang makan benda tajam ( nenas, rebung, air kelapa dan air tebu) untuk elak usus terluka dan menjaga peranakan lebih baik dan tidak lemah.
  • Pantang mandi air sejuk
  • Pantang beraircond
  • Pantang kena hujan
  • Jaga pemakanan dan kesihatan dengan Amalan Pemakanan Melayu Tradisional.

PANTANG 6 BULAN

  • Pantang makan selagi baby yang fully menyusu badan tak mula solid food.
  • Elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar-benar sihat.
  • Pantang buat excercised yang hardcore.

PANTANG 1 TAHUN

  • Pantang makan laksa
  • Pantang makan pulut
  • Pantang ais/air batu ( jangka masa panjang perut akan boyot)

 

 


Kongsikan Artikel Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *